Israel mahu zon penampan di Gaza selepas tamat konflik

Iklan
Zon penampan itu mungkin menjadi kontroversi kerana ia bakal menghimpunkan 2.3 juta penduduk Gaza di kawasan yang lebih kecil. -Reuters

GAZA - Israel memaklumkan beberapa negara di rantau itu mahukan zon penampan di sempadan Gaza untuk mengelakkan serangan masa depan selepas tamat konflik dengan Hamas.

Memetik Reuters, Israel menyampaikan rancangan itu kepada Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Turki dan Arab Saudi serta memetik tiga 'sumber serantau' pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Reuters juga memetik, penasihat dasar luar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Ophir Falk berkata permohonan zon penampan berkemungkinan menjadi sebahagian daripada proses membawa keluar tentera daripada kawasan itu.

Zon penampan itu mungkin menjadi kontroversi kerana ia bakal menghimpunkan 2.3 juta penduduk Gaza di kawasan yang lebih kecil.

Iklan
Iklan

Terdahulu, laman berita Middle East Eye melaporkan sebuah dokumen yang dikumpul perisikan Israel mendedahkan komplot rejim Zionis untuk mengusir penduduk Palestin ke Sinai, Mesir selepas menggulingkan pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza. - Awani