Naik gaji mudah...
Iklan
DGP akan dibuat secara sukarela bermula Jun tahun hadapan melibatkan 1,000 majikan. - Gambar hiasan - Foto 123RF
AWANG memang sokong sebarang langkah nak naikkan gaji pekerja. Jadi apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli umumkan kertas putih Dasar Gaji Progresif (DGP), Awang teruja juga.
Khabarnya DGP ini akan dibuat secara sukarela bermula Jun tahun hadapan melibatkan 1,000 majikan. Seramai empat juta pekerja yang bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan akan dapat manfaat.