Kelantan FC berjaya hantar dokumen pembayaran tunggakan gaji

Iklan
Kelantan FC menunggu nasib sama ada mereka akan diberikan lesen kebangsaan atau tidak. - Foto Bernama

KELANTAN FC berjaya menghantar dokumen pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pada tarikh akhir yang ditetapkan pada Khamis.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima dokumen berkenaan dan kini dalam proses semakan oleh badan bebas pelesenan kelab Liga Malaysia, First Instance Body (FIB).

Iklan
Iklan

"MFL mengesahkan Unit Pelesenan Kelab MFL menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC semalam (Khamis).

"Bagaimanapun segala dokumen berkenaan pembayaran babitkan 30 pemain dan pegawai Kelantan FC itu kini dalam proses semakan oleh FIB," kata kenyataan itu.

Iklan

MFL berkata, selepas semakan tersebut, badan pengelola liga itu akan membuat pengumuman status Kelantan FC berkenaan lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Sebelum ini, Kelantan FC tidak diberikan lesen kebangsaan selepas pihak FIB mendapati pasukan itu mempunyai tunggakan gaji dalam deklarasi pada 31 Ogos.

Iklan

Mereka kemudiannya diberikan peluang terakhir untuk menghantar dokumen pembayaran gaji pemain dan pegawai tersebut sebelum 30 November untuk diberikan lesen kebangsaan.

Sekiranya kesemua dokumen itu lengkap, Kelantan FC masih belum selamat dan perlu menghantar surat deklarasi yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan sehingga 30 November mengikut sub-kriteria kewangan F.09 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Ia termasuk penyelesaian untuk kes-kes yang mempunyai keputusan FIFA dan FAM sebelum 31 Disember 2023.