Villa raih tiga mata berharga
Iklan
Diaby (kiri) cuba melepasi kepungan pemain Legia ketika perlawanan di Villa Park. - Foto EPA
UNAI Emery gembira dengan prestasi dipamerkan pemainnya ketika Aston Villa menewaskan Legia Warszawa, 2-1 dalam Liga Persidangan Europa di Villa Park, pada Jumaat.
Moussa Diaby meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit keempat sebelum disamakan oleh Ernest Muci pada minit ke-20.
Iklan
Iklan
Alex Moreno yang kembali dalam kesebelasan utama selepas berehat panjang akibat kecederaan meledak gol kemenangan pasukan pada minit ke-58 untuk memastikan Villa berada di kedudukan teratas Kumpulan E.
"Saya sangat gembira. Di Villa Park saya sentiasa teruja untuk bermain dan bersama dengan penyokong kami. Dalam pertandingan ini kita perlu mencipta dan membina perasaan bersama-sama.
Iklan
"Malam ini kami bermain dalam situasi berbeza, menjaringkan satu gol, melepaskan satu gol dengan kesilapan tetapi masih mengekalkan idea dan gaya serta konsistensi yang sama dalam 90 minit.
"Pada akhirnya kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama dan mendapat gol kedua. Mereka mempunyai peluang tetapi pada akhirnya saya rasa kami layak mendapatnya.
Iklan
"Saya gembira kerana pertandingan ini penting untuk penyokong, kerana kelab dan Eropah sentiasa memberikan kami sesuatu yang berbeza kepada liga," katanya.
Villa kini menuju ke perlawanan terakhir kumpulan menentang HSK Zrinjski dan keputusan seri sudah memadai untuk menyaksikan mereka mara ke Pusingan 16 terbaik.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com