Dr Sam dahului PRK Kemaman
Iklan
Biarpun penganalisis politik meramalkan Ahmad Samsuri (gambar kiri) mendahului dalam penerimaan kempen PRK Kemaman, namun kehadiran Raja Mohamed Affandi (gambar kanan) juga mampu memberi cabaran kepada parti lawan.
BERBAKI sehari sahaja lagi, calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilihat lebih mendahului dalam penerimaan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, lapor firma penyelidik Ilham Centre.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mampu memberi cabaran kepada calon heavyweight Pas.