Tak pernah bincang
Iklan
Antara barisan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional dan Pas yang hadir di Muktamar Pas Tahunan ke-69. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan parti itu akan ‘bercerai talak tiga’ dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.
Justeru, Tuan Ibrahim menegaskan tidak timbul soal Pas bakal meninggalkan Bersatu dan akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Perpaduan.