Hari terakhir gencatan senjata, Israel bebas 30 tahanan Palestin

Iklan
Ahed Tamimi (tengah) disambut keluarganya selepas dibebaskan dari penjara Israel sebagai pertukaran tebusan Hamas-Israel. - AFP

TEL AVIV - Tentera Israel dan kumpulan Hamas bertukar tahanan seterusnya pada Rabu, bertepatan dengan hari terakhir gencatan senjata yang diusahakan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Pertukaran itu membabitkan 30 tahanan Palestin termasuk 16 orang kanak-kanak bawah umur dan 14 wanita.

Iklan
Iklan

Pembebasan 30 tahanan Palestin adalah sebagai balasan Hamas telah membebaskan 16 tebusan pada petang Rabu.

Kumpulan orang awam yang dibebaskan oleh Hamas terdiri daripada 10 warganegara Israel, dua warganegara dengan dua kewarganegaraan Rusia-Israel dan empat warganegara Thailand.

Iklan

Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini mengenal pasti dua wanita Rusia-Israel yang dibebaskan pada petang Rabu sebagai Yelena Trupanov, 50 dan Irena Tati, 73.

Video dari kumpulan bersenjata Hamas menunjukkan kedua-dua wanita itu diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

Iklan

Setakat ini sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam telah membebaskan lebih 70 wanita dan kanak-kanak Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Sebagai balasan, Israel telah membebaskan 180 tahanan Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. - Agensi