Pulau Pinang ada REE bernilai RM100 bilion
Iklan
Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN - Pulau Pinang mempunyai sumber unsur nadir bumi (REE) yang dianggarkan bernilai RM100 billion di beberapa lokasi termasuk di Teluk Bahang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia berdasarkan kajian persampelan di beberapa lokasi antaranya Teluk Bahang, Balik Pulau dan di sekitar Nibong Tebal oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehubungan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mengatur perbincangan dengan JMG untuk mendapatkan khidmat nasihat.
"Pada masa ini, Pulau Pinang mempunyai Enakmen Mineral (Pulau Pinang) 2001 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2006. Bagi melancarkan pelaksanaan Enakmen Mineral ini, Peraturan-Peraturan Mineral Pulau Pinang perlu diwujudkan yang antara lainnya diperlukan bagi penetapan fi, sewa dan royalti serta kaedah memungutnya.
Iklan
"Selain itu, penetapan kesalahan yang boleh dikompaun dan kaedah bagi mengkompaun kesalahan, kebenaran remitan, rebat atau tangguhan pembayaran sewa dan fi, penetapan kuasa dan kewajipan pegawai di bawah enakmen serta menetapkan kandungan mana-mana kajian kebolehlaksanaan.
"Ia juga meliputi pelan pemulihan, pengukuran, pelan, laporan dan apa-apa taksiran lain yang perlu bagi maksud enakmen, penetapan aktiviti yang tidak dibenarkan dalam sesuatu rizab mineral dan membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Enakmen Mineral," katanya.
Iklan
Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian ketika membuat penggulungan Rang Undang-undang 2024 di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Khamis.
Kata beliau, seperti sedia maklum, beberapa negeri di Malaysia termasuk Kedah, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor dilaporkan mempunyai sumber REE yang berpotensi sebagai sumber pendapatan negeri masing-masing.
"Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah meluluskan Perak iaitu di kawasan Kenering dalam daerah Gerik sebagai projek perintis.
"Pelaksanaan projek ini telah melalui beberapa proses pra-pelaksanaan antaranya termasuk melaksanakan kajian Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), penyediaan garis panduan serta beberapa syarat-syarat konsultansi antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.
Tambah Kon Yeow, Mesyuarat Majlis Mineral Negara dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) telah diadakan dan dibincang kerana di peringkat Pusat telah bersetuju dengan penyediaan Garis Panduan Pengeluaran Mineral Nadir Bumi.
"Bagaimanapun, pihak kementerian masih belum mengedarkan kepada negeri-negeri dan kemungkinan sedang dimurnikan syarat-syarat yang patut dimasukkan.
"Dokumen prosedur operasi standard ini menjelaskan secara holistik mengenai rantaian aktiviti perlombongan dan prosedur yang perlu dipatuhi agar aktiviti yang dijalankan menepati kehendak perundangan dan keselamatan yang berkaitan.
"Prosedur ini ditetapkan bagi memelihara kemampanan industri perlombongan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk serta perlindungan terhadap alam sekitar," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.