'Malaysia belum sedia terima jutaan pengunjung China, India'
Iklan
Malaysia masih belum bersedia menerima jutaan pengunjung rakyat China dan India ke negara ini susulan langkah kerajaan mengenakan pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember depan.
SHAH ALAM - Malaysia masih belum bersedia menerima jutaan pengunjung rakyat China dan India ke negara ini susulan langkah kerajaan mengenakan pengecualian visa selama 30 hari mulai 1 Disember depan.
Pensyarah Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, Malaysia tidak bersedia menerima pelancong secara besar-besaran kerana masih belum mempunyai satu instrumen pemantauan khas bagi mengawal lambakan kemasukan rakyat China dan India.