PM hulur sumbangan kepada pelakon veteran Mak Jah
Iklan
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.
Dalam catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon tersebut di Cheras pagi tadi.