Malaysia mesti jadi contoh pembentukan era etika global - Anwar

Iklan
Anwar ketika berucap Merasmikan Dialog Kepimpinan Islam-Konfusianisme 2023 di ibu negara pada Rabu. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia harus berada di hadapan sebagai contoh kepada dunia dalam membentuk era baharu Tadbir Urus Etika Global, di tengah-tengah kepelbagaian kaum, agama, serta kewarganegaraan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan menghayati hikmah Islam dan Konfusianisme, dunia boleh berusaha ke arah masa depan yang lebih cerah dari segi moral, dan tidak hanya maju dalam bidang teknologi.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, Islam dan Konfusianisme masing-masing menekankan usaha mencari kedamaian dalaman dan luaran.

"Warisan kita yang pelbagai menawarkan perspektif yang unik dan peluang untuk berada di barisan hadapan dalam membentuk era baharu Tadbir Urus Etika Global.

Iklan

"Paradigma baharu ini, mengambil pengajaran dari peradaban yang kaya, berjanji untuk menjadi lebih inklusif dan mewakili penduduk global," katanya ketika berucap Merasmikan Dialog Kepimpinan Islam-Konfusianisme 2023, di ibu negara, pada Rabu.

Dialog Kepimpinan Islam-Konfusianisme dianjurkan oleh Pusat Kajian Strategik Serantau (CROSS) dan Pusat Penyelidikan Asia Tenggara untuk Kemanusiaan (SEARCH), disokong oleh Pejabat Perdana Menteri dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.

Iklan

Anwar menambah, dialog Islam-Konfusianisme mengenai kepimpinan yang diadakan hari ini merupakan satu langkah penting ke arah memajukan idea komuniti bermusyawarah di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Kita meneliti perbincangan yang penting bukan sahaja untuk zaman kita, tetapi untuk masa depan kita.

"Dalam usaha mencari penyelesaian bagi cabaran kontemporari yang dihadapi umat manusia, kita diingatkan tentang peraturan kebijaksanaan pragmatik yang wujud dalam Islam dan Konfusianisme,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, dunia ketika ini sedang menyaksikan kebangkitan semula politik identiti, yang disifatkan sebagai membimbangkan.