Projek Jeti Kuala Kedah bermula tahun depan
Iklan
Dzowahir
ALOR SETAR - Projek naik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah di sini untuk kemudahan orang ramai akan dimulakan pada tahun depan.
Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani berkata, tender bagi projek itu telah diiklankan pada 6 Jun lepas sebelum penilaian tender dilakukan pada 11 Ogos hingga 22 September lalu.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti berkata, proses perolehan kontraktor bagi projek ini secara tender terbuka telah selesai dilaksanakan.
"Sehubungan itu, kontraktor yang berjaya juga akan dilantik dalam masa terdekat.
Iklan
"Kerja-kerja fizikal projek dijangka bermula pada suku tahun pertama tahun 2024 bagi tempoh pelaksanaan selama 36 bulan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Beliau berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan lisan Rashidi Razak (Anak Bukit-Pas) mengenai status terkini projek jeti baharu Kuala Kedah.
Iklan
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, projek ini adalah demi meningkatkan kecekapan pengoperasian feri penumpang, kargo dan perkhidmatan RORO di laluan marin Kuala Kedah ke Langkawi di mana ia membantu pemulihan industri pelancongan di Permata Kedah.
Beliau berkata, skop utama projek melibatkan kerja meroboh dan membina terminal baharu berkonsepkan teknologi hijau yang mampu menampung sebanyak 3,000 penumpang berbanding kapasiti yang sedia ada hanya 800 penumpang sahaja.
Menurut Anthony Loke, projek naik taraf itu juga melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat dengan anggaran 420 lot serta infrastruktur, fasiliti bangunan dan kerja landskap.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>