Gangguan KTM komuter Lembah Klang, ETS susulan gelinciran tren
Iklan
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan pada pagi Rabu susulan insiden gelinciran tren kejuruteraan projek.
Menerusi kemas kini di Facebook KTM Berhad, berlaku kelewatan antara 15 hingga 20 minit dari Stesen KL Sentral ke Tanjong Malim dan KL Sentral ke Batu Caves serta perkhidmatan ETS.
Notis makluman kepada pengguna komuter Lembah Klang, ETS pada jajaran terlibat.