Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Iklan
KUALA LUMPUR, Nov 28 -- Prince of Monaco, Prince Albert II during an exclusive interview with Bernama today. Monaco is open to collaborating with Malaysia in many possible areas that could mutually benefit both countries in the future, in line with the opening of the new Monaco Honorary Consulate Office, here. -- fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED
MONACO bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang selaras dengan pembukaan Pejabat Konsulat Kehormatnya di sini.
Putera Albert II bertitah terdapat pelbagai peluang untuk diteroka oleh kedua-dua negara yang mempunyai kepentingan bersama seperti industri pelancongan dan pendidikan selain pembangunan lestari.
Iklan
Iklan
"Jadi kita perlu meneliti perkara ini lebih mendalam dan benar-benar mengenal pasti cara terbaik untuk menjalin kerjasama yang akan memanfaatkan kedua-dua negara," titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan Bernama hari ini.
Putera Albert dalam rangka lawatan negara sulung baginda ke Malaysia, yang bermula Ahad lepas dan berakhir esok.
Iklan
Ditanya mengenai kemungkinan ada sebarang projek alam sekitar di Malaysia di bawah Yayasan Monaco Putera Albert II, baginda bertitah negara itu akan menjalin kerjasama dengan Malaysia bagi melindungi spesies harimau dan gajah di negara ini melalui yayasan tersebut.
"Bagaimanapun, beta yakin ada bidang lain (untuk kerjasama) kemungkinan lebih kepada persekitaran marin dan bidang berbeza seperti persisiran pantai.
Iklan
"Jadi itu juga boleh menjadi sesuatu yang boleh kita lihat, jadi kami sangat terbuka kepada cadangan dan idea yang berbeza serta mengalu-alukan sebarang pilihan," titah baginda.
Yayasan Monaco Putera Albert II ditubuhkan oleh baginda pada 2006, khusus untuk melindungi alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mampan di peringkat tempatan dan global.
Pada 25 Nov, Kementerian Luar dalam kenyataan antara lain berkata Malaysia berhasrat menjalin kerjasama dengan Yayasan Monaco Putera Albert II.
Sementara itu, mengenai lawatan negara sulung baginda, Putera Albert II bertitah lawatan itu merupakan detik yang bermakna buat baginda dan delegasi atas sambutan yang diberikan terutama oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Hari ini kami melawat pusat konservasi harimau dan juga gajah. Ia benar-benar mempersonakan, hebat dan menarik. Dan (beta) juga melihat bagaimana yayasan beta boleh membantu dari segi melindungi spesies haiwan ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia," titah baginda.
Sebelum itu, Putera Albert II dan Al-Sultan Abdullah melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, di Lanchang, Pahang sebagai sebahagian daripada lawatan negara sulung baginda ke Malaysia. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.