KUALA LUMPUR - Ops Ihsan melancarkan kempen gelombang mega tanda pagar #PalestinMerdeka bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 November setiap tahun.
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, kempen itu dimulakan dengan edaran poster menyeru rakyat Malaysia bersolidariti dengan memakai"keffiyeh" atau mafela Palestin esok dan disusuli dengan pelancaran #PalestinMerdeka yang dimulakan pada 8 malam Selasa hingga 8 malam esok.