Dr Sam dahului kempen PRK Kemaman
Iklan
Abdul Hadi (tiga dari kanan) bersama Ahmad Samsuri (dua dari kanan) serta kepimpinan Perikatan Nasional selepas proses penamaan calon PRK Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai pada Sabtu.
SHAH ALAM - Minggu pertama kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman memperlihatkan penguasaan jentera Perikatan Nasional (PN) sekaligus memberi harapan besar buat calon mereka yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, tinjauannya mendapati bendera PN dan Pas lebih banyak dipasang di sekitar jalan kampung dan bandar Kemaman berbanding bendera Barisan Nasional (BN).