MTUC harap dilibatkan dalam perbincangan
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Kamarul Baharin
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap kerajaan turut melibatkan pihaknya dalam sesi perbincangan sebelum dasar atau model gaji progresif dibentangkan di Parlimen.
Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, penglibatan itu penting bagi memastikan pelaksanaan dasar baharu tersebut meletakkan kepentingan atau kebajikan pekerja sebagai asas utama.