Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Iklan
Kelonggaran prosedur kemasukan ke Malaysia akan menggalakkan lebih ramai pelancong menerokai pelbagai keunikan yang ada dalam negara - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mohd Khalid Harun)
KUALA LUMPUR - Pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dijangka memberikan rangsangan kepada industri pelancongan negara.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata, keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
Iklan
Iklan
"MATA menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan keputusan itu yang akan memudahkan kemasukan bebas visa bagi warga China, India, Jordan dan Turki bermula 1 Disember,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, negara berkenaan mempunyai populasi yang besar dan memudahkan kemasukan mereka ke Malaysia sudah pasti akan menarik kemasukan jumlah pelancong yang ketara.
Iklan
"Selain itu, dijangkakan peningkatan perbelanjaan pelancong akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan industri di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kelonggaran prosedur kemasukan ke Malaysia akan menggalakkan lebih ramai pelancong menerokai pelbagai keunikan yang ada dalam negara seperti warisan budaya dan landskap yang menarik.
Iklan
Mohd Khalid berkata kerajaan juga sudah tentu akan melaksanakan langkah keselamatan yang teguh untuk memastikan keselamatan rakyat dan pelawatnya demi menyediakan persekitaran yang mesra untuk pelancong.
Semalam, Anwar mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat strategic partnership hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.
Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat. - Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.