Malaysia, Thailand mahu tingkatkan industri pelancongan bersama - PM

Iklan
Anwar (empat dari kiri) dan Srettha (lima dari kiri) semasa mengadakan lawatan di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao, di sini pada Isnin.

BUKIT KAYU HITAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju memberikan perhatian kepada pembangunan di Bukit Kayu Hitam dan Sadao, di sini terutamanya melibatkan industri pelancongan.

Pada pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Isnin, kedua-dua pemimpin itu juga meminta Menteri Pelancongan kedua-dua negara mengadakan perbincangan bagi meningkatkan jumlah pelancongan.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, kesediaan Thailand yang mahu menjadikan kawasan di utara semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand sebagai kawasan pertubuhan baharu disambut baik oleh Malaysia.

"Perdana Menteri Srettha menunjukkan keprihatinan menyatakan pelancong dari Malaysia ke Thailand jauh lebih tinggi berbanding Thailand ke Malaysia.

Iklan

"Dia arahkan Menteri Pelancongan Thailand dan saya minta Menteri Pelancongan Malaysia adakan pertemuan supaya kedua-dua negara dapat faedah baik, ada sinergi meningkatkan jumlah pelancongan kedua-dua negara

"Ini termasuklah Selatan Thailand dan kita Langkawi, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam selepas tinjauan bersama Srettha di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao, di sini.

Iklan

Menurut Anwar, rakan sejawatnya itu juga sangat positif dan mahu manfaat yang diperoleh oleh pusat pelancongan terkenal Phuket dapat diagihkan ke Pulau Langkawi.

"Sikap begini jarang berlaku dalam hubungan dua negara jadi saya menyatakan penghargaan kepada beliau.

"Beliau berpandangan bahawa perhubungan dua negara bukan sahaja dimanfaatkan oleh satu negara sahaja. Beliau ada cadangan untuk buat filem dokumentari untuk promosi Phuket dan Langkawi, ini sikap yang sangat positif," ujar beliau lagi.