Ketiadaan empat tonggak jejaskan rentak Perak FC

Iklan
Pemain Perak, Raja Imran Shah Raja Amin (kanan) diasak pemain Selangor, Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ Kelana Jaya. - Foto Bernama

KEHILANGAN empat pemain tonggak ternyata menjejaskan rentak permainan Perak FC ketika tewas 0-4 kepada Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.

Malah pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui The Red Giants kendalian Tan Cheng Hoe lebih berhak memenangi perlawanan berdasarkan corak persembahan pasukan tuan rumah.

Iklan
Iklan

"Saya akui bahawa kehilangan empat pemain tonggak Firdaus Saiyadi kecederaan lutut, tiga lagi demam Luka Milunovic, Aiman Khairul Yusni dan Azalinullah Alias memberikan kesan kepada persembahan pasukan.

"Ya, ketiadaan empat tonggak bukan alasan untuk kekalahan ini, namun mereka antara elemen penting dalam mempersiapkan pasukan ketika berdepan pasukan kuat,” katanya.

Iklan

Pada masa sama Yusri menegaskan pasukan Perak FC juga menguasai permainan, namun kekurangan pengalaman apabila di depan gol menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan.

"Separuh masa pertama kita mempunyai beberapa peluang termasuk juga pada separuh masa kedua.

Iklan

"Tapi pemain-pemain muda saya tampak gugup sedikit di depan gol menyaksikan Selangor mudah mematahkan serangan Perak.

"Apapun pemain-pemain sudah memberikan aksi terbaik dalam perlawanan ini, saya harap mereka akan kembali bangkit berdepan Sabah selepas ini,” katanya.