PKR perlu tubuhkan skuad pemantau media sosial

Iklan
Che Mat ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian.

PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicadang supaya menubuhkan skuad pemantau media sosial bagi menangkis pelbagai fitnah pihak lawan terhadap kerajaan.

Perwakilan Kelantan, Che Mat Che Hussain berkata, ia berikutan media kerajaan yang ada ketika ini dilhat tidak berfungsi.

Iklan
Iklan

"Hendak jawab pun susah sebab media kita tidak berfungsi. Jadi saya cadangkan supaya bahagian penerangan parti tubuhkan skuad pemantau terdiri daripada anak-anak muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden sempena Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, seiring dengan kemajuan teknologi adalah wajar skuad tersebut diwujudkan dengan mengambil kira kepentingan parti.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Che Mat turut menggesa supaya menteri daripada PKR tidak mendengar laporan ketua jabatan atau agensi ketika mengadakan lawatan kerja ke negeri-negeri.

Iklan

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya pemimpin politik setempat turut dilibatkan dalam sesi bersama menteri.

"Kepada menteri saya mohon dengarlah cakap kami sebab orang politik lebih memahami masalah rakyat di kampung," katanya.