Tidak ekstremis, kaedah diplomasi
Iklan
Anwar mengambil pendekatan politik berteraskan isu rakyat terutama apabila negara menghadapi krisis ekonomi.
SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 telah melakar sejarah baharu apabila berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan daripada gabungan politik yang dahulunya merupakan seteru utama iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Selepas genap setahun menerajui negara, Anwar dilihat mengambil pendekatan politik berteraskan isu rakyat terutamanya apabila negara sedang menghadapi krisis ekonomi.