Pusingan U Muhyiddin dan pencalonan Samsuri
Iklan
Polemik pengunduran Muhyiddin selaku Pengerusi PN mungkin membuka laluan kepada Ahmad Samsuri untuk menjadi calon poster boy PN baharu pada PRU16 sekiranya perkara itu menjadi realiti kelak.
SHAH ALAM - Ada dua perkara penting yang diumumkan dua parti utama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi tempoh seminggu.
Pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan Presiden parti.