Abang Bomba Malaysia atasi cabaran 11 negara

Iklan
Bomba Malaysia muncul juara Rip-It-Off Challenge pada Singapore Global Firefighters and Paramedics Challenge (SGFPC) mengatasi 13 pasukan daripada 11 negara lain.

SHAH ALAM - Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) muncul juara Rip-It-Off Challenge pada Singapore Global Firefighters and Paramedics Challenge (SGFPC) mengatasi 13 pasukan daripada 11 negara lain.

JBPM memperoleh 186 mata mengatasi pencabar terdekat iaitu pasukan penyelamat daripada Singapura yang mengumpul 185 mata, Australia (185), Macau (132) dan APM (129).

Iklan
Iklan

Pasukan dari Malaysia itu mengulangi kejayaan 2016 dan menebus kekecewaan pada edisi 2019 menerusi Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) yang mewakili bomba mendapat tempat ketiga.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi hantaran di X mengucapkan syabas selepas JBPM muncul pasukan terbaik di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Syabas dan kibarkan Jalur Gemilang,” katanya.

Iklan