Berjaya tarik pelabur 20 negara
Iklan
Anwar (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di Great Hall of the People pada 31 Mac lalu. Gambar kecil: Muhamad Zharif, RAJAH
SHAH ALAM - Kerajaan Madani yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama setahun membawa nafas baharu dalam hubungan Malaysia dengan beberapa negara dari segi ekonomi dan rangkaian penawaran peringkat global.
Pada suku akhir tahun ketiga 2023, kedudukan pelaburan terkumpul bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA), masing-masing ialah RM914.9 bilion dan RM659.6 bilion.