Bersatu tolak cadangan Muhyiddin tidak pertahan jawatan
Iklan
SHAH ALAM - Mesyuarat Khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MPT berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin masih diperlukan parti dan negara.