Paling menyerlah, tumpuan rakyat
Iklan
Anwar menunjukkan dokumen ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semasa melakukan tinjauan di Kementerian Kewangan. - Foto Bernama
SEPANJANG setahun pentadbiran Kerajaan Madani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendepani banyak isu kesenjangan ekonomi antara kaum, janji-janji reformasi pentadbiran negara dan kestabilan politik.
Mencapai usia setahun pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 (PMX) itu juga, sebahagian besar matlamat Kerajaan Perpaduan yang berpaksikan kepada enam nilai teras 'Madani' masih belum direalisasikan secara menyeluruh.