Cabaran berliku ikon reformis
Iklan
Anwar (tengah) bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (dua dari kiri) serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua dari kanan) dan Steven Sim (kiri) tiba untuk membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
TANGGAL 24 November 2022 mencatatkan detik terpenting dalam sejarah negara.
Ini kerana penantian penuh debar drama politik menawan Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir dengan kejutan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX).