Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6775/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6735/6805 pada Rabu. - Foto hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6775/6830 berbanding dolar AS daripada 4.6735/6805 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran terus berwaspada dari segi bagaimana dolar AS akan berkembang berdasarkan data bercampur-campur daripada Indeks Sentimen Pengguna dan Tuntutan Pengangguran AS Universiti Michigan.
"Dalam pada itu, data yang lemah bermakna Rizab Persekutuan (Fed) boleh mengubah haluannya pada tahun depan.
Iklan
"Bagaimanapun, kadar inflasi yang berterusan yang mungkin mengambil sedikit masa untuk mencecah dua peratus boleh menghalang Fed daripada melonggarkan pendirian monetari mereka lebih awal,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Iklan
Ia rendah berbanding euro kepada 5.1092/1152 daripada 5.0946/1022 pada Rabu, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1342/1381 daripada 3.1338/1387 dan berkurangan berbanding pound kepada 5.8740/8809 daripada 5.8550/8637.
Mata wang tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.2 daripada 300.0/300.6, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4922/4969 daripada 3.4838/4893 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.46 daripada 8.42/8.44 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2601/2813 daripada 13.2702/2957 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>