Bayi 8 bulan derita empat penyakit
Iklan
Alesha Iezarah yang menghidap penyakit jantung berlubang turut mengalami masalah kaki bengkok sehingga perlu disimen bagi membetulkan kedua-dua belah kakinya.
PONTIAN - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berlubang dan tiga penyakit lain.
Alesha Iezarah Mohd Salleh, 8 bulan, yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir turut mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua kaki membengkok.
Iklan
Iklan
Bayi perempuan itu adalah anak kepada pasangan Roziana Mohd Amin, 33, dan Mohd Salleh Mustari, 43, yang turut mempunyai tiga anak menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13, dan Mohd Khairul Amin, 5.
Roziana berkata, dia hanya suri rumah manakala suaminya yang mengambil upah mencari daun nipah tidak mampu untuk membiayai kos rawatan untuk anaknya itu dan perjalanan ulang alik ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Iklan
"Selepas dilahirkan kedua-dua kaki Alesha Iezarah bengkok seakan sedang bersila namun keadaan kakinya bertambah baik selepas melalui terapi dan disimen pada usia 4 bulan.
"Saya dan suami akan bawa Alesha Iezarah ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 3 Januari depan. Itu kali pertama kami ke IJN bagi rawatan susulan Alesha Iezarah. Difahamkan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM11,000.
Iklan
"Nak ke sana pun kami tiada wang ditambah dengan tiga anak kami yang akan bersekolah pada tahun depan. Semua duit digunakan untuk beli barang sekolah dan bayar yuran mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nelayan Benut di sini semalam.
Mohd Salleh dan Roziana memangku Alesha Iezarah yang menghidap penyakit jantung berlubang serta tiga lagi penyakit lain di rumah mereka di Kampung Nelayan Benut.
Menurutnya, pendapatan suami sebanyak RM10 sehari dan bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 diterima sejak Oktober lalu masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi mereka perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.
"Suami ambil upah cari daun nipah di hutan dekat Benut dan upah diterima bergantung kepada jumlah daun nipah diperoleh. Satu kg daun nipah dapat upah RM1," katanya.
Roziana berkata, dia sukar meninggalkan anak-anak untuk bekerja membantu suami memandangkan tiga anaknya yang menghidap sawan memerlukan perhatian.
"Ketiga-tiga mereka pergi ke sekolah cuma tidak boleh terlalu penat kerana boleh diserang sawan. Jadi saya dan suami perlu perhatikan mereka selalu," katanya.
Bagaimanapun, dia dan suami tetap berharap supaya Alesha Iezarah dapat menjalani pembedahan jantung berlubang.
"Besar harapan kami hendak tengok Alesha Iezarah sihat dan membesar seperti kanak- kanak lain.
"Kalau ada yang mahu membantu boleh hubungi suami saya di talian 011-12126892," katanya.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan