RM1.3 bilion untuk institusi pendidikan bawah Mara

Iklan

SHAH ALAM - Sektor pendidikan terus diberi keutamaan tertinggi dalam Belanjawan 2020 apabila Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar berjumlah RM64.1 bilion berbanding RM60.2 bilion pada tahun lalu.

Malah, pelajar bumiputera berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar terus tidak dipinggirkan apabila kerajaan memberi penekanan terhadap peluang pembelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Iklan
Iklan

Mara akan terus menyediakan pendidikan kepada golongan bumiputera melalui institusi seperti Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Giat Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Justeru pada tahun hadapan, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM1.3 bilion bagi institusi pendidikan di bawah Mara dan sebanyak RM2 bilion bagi membiayai pinjaman untuk 50,000 pelajar.

Iklan
Iklan

Tambahan sebanyak RM192 juta pula diperuntukkan untuk program pensijilan profesional di bawah Yayasan Peneraju.