Simpati nasib tenaga muda TRW

Iklan
Kim Swee

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menganggap situasi yang berlaku ke atas Kelantan FC ketika ini hanya akan memberi kesan buruk kepada barisan pemain muda skuad The Red Warriors (TRW) itu.

Kim Swee berkata, situasi dialami barisan pemain muda Kelantan FC adalah cukup memilukan dan beliau melihat perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

Iklan
Iklan

"Jika kita lihat pasukan Kelantan, mereka bermain dengan pemain muda dan apabila mereka tewas setiap kali dengan jumlah begitu besar, saya rasa itu satu perkara yang cukup negatif.

Kelantan FC mengalami satu lagi detik buruk apabila tewas 0-7 kepada Sabah FC pada Isnin, sekali gus menyaksikan mereka terus terperosok di dasar carta Liga Super dengan hanya meraih lapan mata.

Iklan

"Dalam bola sepak, tiada istilah simpati ketika di atas padang tetapi di luar (padang), saya percaya ia merupakan satu perkara yang cukup menyedihkan.

"Ini tidak harus berlaku dalam bola sepak Malaysia terutamanya kepada pemain-pemain muda. Saya harap kita dapatkan satu formula terbaik untuk memastikan mereka masih mempunyai minat selepas ini,” ujarnya.

Iklan