Terowong bawah tanah

Iklan
Terowong kenderaan bawah tanah sepanjang lima kilometer di Bandar Tun Razak Exchange (TRX) akan dibuka secara rasminya pada 29 November ini.

Rangkaian jalan raya in akan menghubungkan TRX secara lancar kepada 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Terowong SMART, dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).

Selain itu, terowong bawah tanah TRX yang mempunyai akses langsung kepada Jalan Tun Razak serta Lebuhraya SMART akan membentuk satu sistem pusingan yang akan memudahkan kenderaan untuk keluar dan masuk dari pembangunan ini.