Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 motosikal elektrik 8 Disember ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.