JKM cari ibu bapa dua kanak-kanak terabai

Iklan
Gambar kiri: Abdul Muhaimin, gambar kanan: Ruth Mageshwari

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta orang ramai mengesan ibu atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

JKM dalam satu kenyataan memberitahu, Abdul Muhaimin ditinggalkan ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sejak berusia sebulan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, ibu kanak-kanak itu, Noriyana Abu Bakar, 25, beralamat di Jalan Sungai Sama Gagah, Taman Telok Gedong Indah, Pelabuhan Klang.

"Kanak-kanak sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit," katanya.

Iklan

Kenyataan JKM memaklumkan, orang ramai yang mengenali ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak diminta tampil atau menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Nurzatulhain Mohd Othman di talian 03-3341 3703/ 3913.

Dalam kenyataan berasingan, waris atau ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan, A Ruth Mageshwari berusia 10 tahun dicari selepas ibu bapa mengabaikannya.

Iklan

"Kanak-kanak ini seorang orang kurang upaya (OKU) masalah Pembelajaran yang mana sebelum ini telah mendapat perintah mahkamah untuk ditempatkan di Taman Sinar Harapan Seremban selama tiga tahun kerana diabaikan ibu bapanya.

"Ibu bapa kanak-kanak sebelum ini tidak dapat dikesan setelah melarikan diri dari pusat perlindungan di Desa Bina Diri Jerantut Pahang manakala ibunya melarikan diri dari pusat pemulihan akidah di Sabak Bernam," katanya.

"Sesiapa yang mengenali keluarga kanak-kanak ini diminta menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87," katanya.