Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PETALING JAYA - Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bayi perempuan berumur dua bulan itu maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kedua-dua wanita terbabit terdiri daripada seorang pengusaha serta pengasuh di taska berkenaan.

"Selain itu, seorang pengasuh akan dituduh bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Oktober lalu, bayi perempuan berusia dua bulan itu maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia Faizul, pada hari kedua dia dihantar ke taska berkenaan.

Iklan

Selain itu, taska berkenaan turut didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).