Lelaki warga Australia kencing di tiang parkir diberkas

Iklan
Laporan Sinar Online mengenai video tular seorang lelaki melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah.

SUBANG JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini diberkas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang merupakan warga Australia itu ditahan anggota polis kira-kira jam 11.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Suspek berumur 32 tahun itu diberkas anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Subang Jaya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Iklan

"Semakan dijalankan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Pada Khamis, tular video yang dirakam oleh seorang wanita yang melihat tindakan lelaki berkenaan tanpa segan silu melepas 'hajat' pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah di sini.

Iklan

Video berkenaan kemudiannya menimbulkan kecaman dan masyarakat meminta agar tindakan tegas diambil ke atas pelaku terbabit.