'Saya masih Ahli Parlimen PN' - Mohd Azizi
Iklan
Mohd Azizi Abu Naim menegaskan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa beliau masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim akhirnya bersuara di Dewan Rakyat pada Selasa susulan kontroversi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan masih lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Iklan
Iklan
"Saya masih Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan saya juga mengesahkan kenyataan yang dibuat itu (sokong PM) adalah daripada saya sendiri tanpa ada apa-apa unsur paksaan atau pun sebaliknya.
"Itu semua dari keikhlasan saya,” katanya sebelum mengutarakan soalan kedua pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Mohd Azizi kini berada di blok kerajaan.
Azizi menjadi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketiga yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Anwar.
Iklan
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela, selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.
Terbaharu, Zahari Kechik (PN-Jeli) juga mengisytiharkan sokongan sama dengan alasan permasalahan kos sara hidup dan himpitan keperluan asas yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut termasuk isu pembangunan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>