Polemik ranking universiti
Iklan
Akhirnya, sama ada sistem ranking itu baik atau buruk, ia bergantung kepada niat sebenar kita. - Foto 123RF
ORANG selalu bertanya adakah ranking universiti yang dikendalikan beberapa badan penarafan asing seperti Times Higher Education (THE) dan QS World University Ranking (QS) penting atau tidak?
Kita mulakan dengan hujah yang ia penting. Pertama, jika tidak mengukur diri dengan orang lain, bagaimana kita akan tahu di mana kedudukan kita. Kita mungkin sekadar jaguh kampung tetapi orang tidak pun mengiktiraf kita.