'Coldplay sokong Palestin' - Tian Chua
Iklan
Coldplay mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong Palestin dan menentang pencerobohan Israel. Gambar kecil: Tian Chua
SHAH ALAM - Kumpulan muzik terkemuka dari United Kingdom (UK), Coldplay mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong Palestin dan menentang pencerobohan Israel.
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, kumpulan yang ditubuhkan pada pertengahan era 90-an itu telah dikutuk media pro-Israel kerana pernah menampilkan lagu Freedom For Palestine sehingga digelar ‘Jihad Palestin’.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kumpulan Coldplay menyebarkan mesej progresif dalam muzik menerusi ciptaan lagu yang mempromosikan kedamaian di Timur Tengah seperti Everyday Life in Jordan, Guns, Arabeques dan sebagainya.
"Jangan menyalahgunakan nama perjuangan Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Coldplay dijangka mengadakan konsert julung kali di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 22 November ini menerima kritikan hebat apabila ramai pihak menggesa untuk membatalkannya serta-merta.
Menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM), penganjuran konsert berkenaan seolah-olah tidak sensitif terhadap keadaan yang berlaku di Palestin ketika ini dan berupaya mengheret rakyat Malaysia terutamanya anak muda untuk hilang rasa empati dengan jenayah kemanusiaan.
Iklan
Tambah Tian Chang, setiap orang memiliki hak untuk menyampaikan sokongan kepada Palestin dengan cara sendiri, termasuk kumpulan itu dan peminatnya.
"Sekiranya kamu mempunyai bantahan terhadap segala bentuk muzik dan seni, maka pendirian dinyatakan secara terbuka bahawa kamu menentang semua konsert, pertunjukan muzik serta ekspresi artistik.
"Kempen solidariti juga perlu tertumpu kepada kumpulan penyokong keganasan Israel dan sasaran memboikot iaitu perusahaan yang memihak kepada kezaliman terhadap rakyat Palestin,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>