Pasang pagar elektrik lengkap CCTV
Iklan
Sebanyak 357 CCTV akan dipasang di sepanjang sempadan 106km, termasuk tebing Sungai Golok sepanjang 80km, yang melalui daerah Narathiwat Waeng, Sungai Kolok, Sungai Padi dan Tak Bai.
SHAH ALAM - Sindiket penyeludupan pasti akan ‘berputih mata’ selepas ini apabila kerajaan Thailand bercadang memperketatkan kawalan di kawasan bersempadan Malaysia dengan membina pagar elektrik dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Menurut laporan Bangkok Post, projek yang akan dilakukan secara berperingkat itu menelan kos kira-kira 600 juta baht (RM79.3 juta).