Bantu Malaysia bendung kegiatan seludup
Iklan
Beras Siam yang dijual di kedai-kedai runcit di sekitar Kelantan. Gambar kecil dari kiri: Zalmizy dan Sheik Azhar
RANTAU PANJANG - Cadangan Thailand untuk membina pagar elektrik dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bersempadanan Malaysia membantu membendung aktiviti penyeludupan di negara ini.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kebanyakan barangan kontraban seperti dadah, senjata api dan pendatang asing tanpa izin masuk ke Malaysia adalah melalui negara berkenaan.