'Kita hendak jadikan Bersatu parti abad ke-21'
Iklan
Muhyiddin ketika Wawancara Eksklusif Bersama Sinar Harian pada Sabtu.
PERHIMPUNAN Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke-6 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula Khamis ini pastinya menjadi tumpuan, walaupun pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian parti ditangguhkan.
Menurut Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara agenda utama akan dibincangkan meliputi isu permasalahan rakyat khususnya kos sara hidup dan prestasi semasa Kerajaan Perpaduan.