Tawaran gaji RM20,000 bawa padah
Iklan
Mangsa berusia 30 tahun dan rakannya dijanjikan pekerjaan
sebagai penghantar barang di Mae Sot, Thailand menerusi iklan di Facebook. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tawaran gaji sehingga RM20,000, selain kos perjalanan ditanggung syarikat antara punca seorang lelaki terpedaya dengan sindiket tawaran pekerjaan luar negara, Oktober lalu.
Mangsa berusia 30 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia bersama seorang rakan telah dibawa ke Myanmar untuk bekerja sebagai scammer dan bukannya penghantar barang di Mae Sot, Thailand seperti diiklankan dalam laman sosial Facebook.