GSC Berjaya Times Square tamat operasi 27 November ini

Iklan
Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) Berjaya Times Square bakal menamatkan operasi secara kekal pada 27 November 2023. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) Berjaya Times Square bakal memaparkan tayangan akhir pada 26 November dan kemudiannya menamatkan operasi secara kekal pada 27 November 2023.

Menurut GSC, ia merupakan satu perjalanan yang luar biasa sejak pembukaannya pada 27 Januari 2005 lalu.

Iklan
Iklan

"Kami ingin mengucapkan terima kasih dengan setulus hati di atas sokongan dan anda yang tidak berbelah bahagi selama lebih 17 tahun.

Bagaimanapun, GSC memaklumkan, pihaknya menjemput orang ramai untuk mengunjungi cawangan pawagam terdekat iaitu di GSC LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Iklan

"Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan kami menjadi sebahagian daripada perjalanan filem kegemaran anda, jumpa tidak lama lagi di GSC LaLaport BBCC!," ujarnya.

Untuk makluman, pawagam GSC mempunyai lebih daripada 509 tayangan skrin di 55 lokasi seluruh negara dengan pengalaman menonton filem paparan canggih dan berteknologi tinggi.

Iklan