Scammer guna taktik bisnes pula
Iklan
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) bercakap dalam sidang media di Menara KPJ pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Sindiket scammer yang sebelum ini modus operandinya menawarkan pekerjaan di luar negara, kini dikesan menggunakan taktik baharu iaitu dengan menawarkan pula peluang perniagaan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mereka telah menukar kaedah daripada mempromosikan kerja kosong dengan menawarkan mangsa untuk menjadi pengedar.