[EKSKLUSIF] Mekanisme elak ahli Parlimen ‘lompat’
Iklan
Muhyiddin ketika ditemu bual secara eksklusif di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperkenal mekanisme baharu untuk memastikan semua ahli Parlimennya kekal istiqamah dengan perjuangan dan dasar parti.
Tanpa memperincikan mengenai langkah terbaru yang diambil, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut dibuat susulan empat wakil rakyatnya mengisytiharkan sokongan kepada lawan baru-baru ini.