Israel terpaksa akur bawa masuk bahan api ke Gaza

Iklan
Sebuah trak tangki minyak memasuki lintasan Rafah dari Mesir untuk menghantar bekalan api ke Gaza. - AFP

BAITULMAQDIS - Penghantaran bahan api telah tiba di Gaza pada Jumaat selepas Kabinet perang Israel terpaksa tunduk kepada tekanan diplomatik membenarkan diesel dibawa masuk ke Palestin.

Ketika pertempuran antara Hamas-Israel berlarutan selama enam minggu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran kepada hospital bahawa air minuman dan kemudahan kumbahan akan terhenti akibat bekalan bahan api semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

Penasihat Keselamatan Negara, Tzachi Hanegbi berkata, Kabinet perang Israel bersetuju menyediakan dua kapal tangki minyak selepas ‘permintaan khas’ dari Washington.

Tambahnya, bahan api itu akan digunakan untuk mengendalikan sistem kumbahan dan air yang dikendalikan Agensi Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Iklan



"Jika ada wabak, pertempuran akan berhenti,” katanya.

Lewat Jumaat, seorang pegawai di sempadan Palestin berkata, penghantaran pertama sebanyak 17,000 liter bahan api telah masuk melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir.

Iklan

Sebelum ini NRWA memerlukan sebanyak 160,000 liter bahan api setiap hari bagi menjalankan operasinya di Gaza.- AFP