Dua individu maut, nahas libat empat kenderaan

Iklan
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai melanggar sebuah motosikal sebelum merempuh dua lagi kenderaan lain di Jalan Salak Sepang dekat sini pada Jumaat.

SEPANG - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Salak Sepang dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar seorang penunggang motosikal.

"Perlanggaran itu mengakibatkan pacuan empat roda berkenaan terbabas ke dalam kawasan Klinik Kesihatan Salak sebelum merempuh dua lagi kenderaan lain," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, dua individu iaitu pemandu pacuan empat roda dan penunggang motosikal disahkan maut dalam kejadian.

"Dua mangsa maut merupakan lelaki warga tempatan berumur 59 dan 63 tahun.

Iklan

"Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.