UMK, universiti Jepun kukuh kerjasama
Iklan
Dr Razli (tengah) menandatangani MoU di Kota Bahru pada Jumaat.
KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengukuhkan kerjasama dengan Kyushu University (KU) di Jepun bagi manfaat bidang akademik merangkumi penyelidikan, mobiliti penuntut dan staf.
Naib Cancelor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak berkata, hubungan oleh kedua-dua universiti itu sudah lama terjalin bermula tahun 2018.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, hasil kerjasama tersebut menghasilkan sebanyak tujuh artikel jurnal berimpak tinggi termasuk perkongsian sumber melibatkan pertukaran sampel serta perkhidmatan analisis.
Pihak UMK dan KU bertukar cenderamata.
"UMK optimis peluang ini akan memberikan manfaat kepada penuntut, pensyarah dan kakitangan universiti-universiti,” katanya dalam satu kenyataan selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kedua-dua universiti itu di sini pada Jumaat.
Iklan
KU diwakili oleh Dekan Fakulti Pertanian, Kyushu University, Profesor Dr Miki Nakao.
Majlis disaksiakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts Dr Arham Abdullah dan Pengarah Pejabat Antarabangsa Kyusyu University, Profesor Dr Igura Noriyuki.
Pihak UMK dan KU bergambar selepas selesai majlis.
Iklan
Menurut Dr Razli, KU antara universiti yang direkodkan berada pada kedudukan teratas dan di antara universiti terbaik di Jepun.
Katanya, KU mempunyai reputasi yang amat baik di dunia yang dapat memberikan kelebihan kepada penyelidik UMK dan akses kepada fasiliti, infrastruktur serta teknologi.
"Melalui kerjasama kami ini dapat meningkatkan reputasi dan keterlihatan penyelidik UMK melalui penerbitan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi.
"Pada lawatan kerja ini turut diadakan satu seminar pendek mengenai UMK dan perhutanan, industri perhutanan dan kayu di Malaysia yang dihadiri oleh profesor, penyelidik dan pelajar KU,” ujar beliau.
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.